• This is the first time she appeared on our door step. We took her in because for the most part, she was an easy pet to take care off.
  • This is supposed to be for those who are not married, but I am answering the tags as a person who have had (mostly) a dream wedding
  • Today, we had a really, really nice day. :-) Hubby, me, my classmate Yan and her room-mate, Hong Li took a trip to Cleveland Zoo.
  • Semester is nearly over...

Capek bgt tau....

Aduh... lamanya tak berblog. Banyak kali dah nak update tapi tak jadi2 lagi. Sebelum sambung belajar banyak betul bende nak kene selesaikan.

Hari ni kami pergi settle visa. Nak belajar luar negara ni, payah sungguh! Rulingnya macam2. Maklumlah, depa dah jadi extra paranoid sejak akhir2 ni. Lepas tunggu satu setengah jam di kedutaan, isi macam2 borang online, and tunggu dokumen2 penting dari universiti, dan bayar banyak duit (!), keputusannya visa aku lulus takde masalah tapi visa suami sangkut sbb 'more information is needed'. Apa lagi, security check lah jawabnya! Kalau clear visa mungkin dalam seminggu lagi baru boleh book ticket. Kene make sure ada medical insurance pulak. Kat sana takde insurance kita tak akan dirawat kalau sakit. Nak tengok kad insurance dulu baru boleh dirawat.

Lepas settle visa ni tak habis lagi hal yang nak dipikirkan. Perjanjian dgn pihak sponsor pun bukan main susah. Medical check up, mati setem dan orang2 yang perlu dicari untuk dijadikan saksi dalam borang perjanjian.

Lepas ni, nak kene pikir pasal syarat university yang aku nak pergi jugak. Payah lagi. Kene isi borang kesihatan yang paling mencabar. Aku kene cucuk macam2 shot. Ye lah, negara kita dikira 'third world country' jadi banyak lah wabak2 yang perlu di halang daripada menular. Sigh.

Lepas ni, nak kene pikir jugak pasal kereta Kancil tersayang. Nak buat apa? Nak maintain ke? Nak kasi pinjam kat orang ke? Last2 aku decide nak transfer ke adik aku. Ni pun hal rumit jugak. Kene apply loan balik, pastu tandatangan perjanjian di HQ (yang ambik berapa lama ntah). Nasib baik lah adik aku sudi take over kereta aku tu. Sigh.

Lepas ni, akhir sekali nak kene pikir pasal rumah. Nak pack barang lah nak kemas rumah lah nak kene buat macam2 lagi. Maklumlah rumah sewa mana boleh pakai tinggal macam tu je. Plus, office aku tu aje yang boleh dijadikan store. Terpaksa pikir barang mana yang nak buang, nak simpan ke pejabat atau nak kasi orang. Sigh.

Kata orang ada yang sebelum pergi pun susah (macam aku), masa belajar pun susah (ni tak tahu lagi) dan masa balik pun susah! (semoga dijauhkan). Kadang2 pikir terlalu banyak, aku sampai nak give up. Letih nak pikir macam2 ni. Tapi bila suami pujuk, hati aku jadi sejuk balik. Tengok dia senyum hilang semua rungsing aku. Sebenarnya aku ni susah nak mintak tolong orang. Kenapa ntah. Mungkin sebab dah terbiasa dari kecik lagi diajar berdikari. Lepas kahwin aku terpaksa tukar mind set aku. Kepada siapa lagi nak mintak tolong kalau bukan dengan suami sendiri? Tambah pulak aku dapat suami yang sangat2 ringan tulang macam suami aku ni. Alhamdulillah... :-)

(Eh, apa aku merapu ni?)

Sebenarnya post ni bukan nak komplen, tapi sekadar menerangkan kenapa aku dah lama tak update blog. He he he he. Dan juga bersyukur bertemu suami yang best. :-P Doakan kami sentiasa dirahmati Allah dan semoga aku berjaya mencapai impian aku di negara orang. Walau bagaimana pun susah nanti aku kene kuat....

Nota kaki: Post hari ni pelik sikit. Sekali sekala tukar bahasa, apa salahnya... :-P

Jotted by,

6 rejoinders:

la Signora,  August 3, 2009 at 7:37 PM   Reply To This Comment

Ingatkan hang dah lari pi Obama-Land nun.Well, that's how it is.But US of A adalah one crazy country when it comes to the visa paperwork.Tak kesahlah,sebagai pelancong/pelajar/pengantin, memang crazy, stressful dan macam² lah.

And yes, it is quite difficult to adjust to the fact that the spouse juga merakam unofficial assistant at times (suitable times, that is) and for us yang dah terbiasa doing things on our own, even when it frustrates(got this word meh?) us, can be quite a challenge (keyword: ego daa...hahaha).

Keep me updated especially bila nak fly ok?Good luck, and don't forget to pace yourself when it gets a bit overwhelming.

Hana,  August 3, 2009 at 10:43 PM   Reply To This Comment

anything interesting to let go, let us know. abang suka je tu! tapi jangan bende yang makan ruang k! =P

w@Ni,  August 5, 2009 at 4:06 AM  
Reply To This Comment

wah ganas BM ko esah. hihih.

Silent Scribbler,  August 7, 2009 at 4:43 AM   Reply To This Comment

La Signora: Belum lagi ke Obama Land. Rancangnya 23hb da... Will of course keep in touch with you. Public information here and FB, while personal in our e-mails. I miss e-mailing you!

Kak Hana: Sad kata nak kasi printer kat korang. Barang2 lain rasanye dah ada takers dah...

W@ni: Apo yang ganas? :-P

Tuan Azmil Abdullah,  August 9, 2009 at 5:06 AM   Reply To This Comment

err.. kereta tu, tak ke lagi senang kalau guna nama sama tapi suruh adik sambung bayar je? Bila nak perbaharui insurans tahun depan, tambah lima ringgit ke, duaploh ringgit ke, letak nama adik sebagai pemandu yang diinsurankan sama.

Silent Scribbler,  August 9, 2009 at 11:16 AM   Reply To This Comment

Abang Azmil: Boleh je buat macam tu. tapi we figured better clean transaction sbb i kat US tu lama, sampai 4 thn. mana tahu next year ira nak trade in kereta tu and beli kereta baru ke. easier done lah kalau kereta tu milik dia.

Post a Comment

Next previous home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My anniversary

Daisypath Anniversary tickers

The cat

PitaPata Cat tickers

  © NOME DO SEU BLOG

Design by Emporium Digital